Rabu, 7 Disember 2011
UMRAH AWAL TAHUN BERSAMA DATO' HAJI FAZILAH KAMSAH
Ahad, 27 November 2011
TAKLIMAT DAN PROMOSI PRPM SEMPENA SEMINAR AROWANA DI UNIMAS, KUCHING, SARAWAK 26 - 28 NOVEMBER 2011
Isnin, 21 November 2011
TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH
Khamis, 17 November 2011
SELAMAT KEMBALI
Jumaat, 11 November 2011
BERAKHIRNYA PROGRAM SALAM BAITULLAH
Selasa, 8 November 2011
KAMUS PERCUMA
Isnin, 24 Oktober 2011
Khamis, 20 Oktober 2011
Video YouTube Budak 2 Tahun Dilanggar & Digilis Van & Lori Di China
Sungguh Menyayat hati...semoga menjadi itibar kepada kita semua. Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 2 tahun telah dilanggar dan digilis oleh sebuah van dan sebuah lori. Orang ramai yang melalui kawasan itu tidak memperdulikan keadaan kanak-kanak itu. Di manakah perasaan perikemanusiaan...? Komen anda.
Selasa, 18 Oktober 2011
TAUHID AL-ULUHIYYAH
- Tiada kita sembahyang, melainkan kerana Allah.
- Dan jangan kita sujud, melainkan akan Allah Ta'ala.
- Dan jangan kita bernazar, melainkan bagi Allah Ta'ala.
- Dan jangan kita kerjakan ibadah, melainkan kerana Allah Ta'ala.
- Dan jangan kita sekutukan Allah Ta'ala dengan yang lainnya pada ibadah kita.
- Dann jangan kita menyembelih korban, melainkan bagi Allah Ta'ala.
- Dan jangan kita menyembelih kerana hantu, tok keramat dan tok nenek.
- Dan jangan kita harap, melainkan akan Allah Ta'ala.
- Dan jangan kita takut, melainkan akan Allah Ta'ala.
- Dan jangan kita minta tolong, melainkan akan Allah Ta'ala.
Kerana firman Allah Ta'ala, ertnya:- Dan sesungguhnya diberitahu kepada engkau, wahai Rasulullah dan kepada sekalian pesuruh yang dahulu daripada engkau. Demi Allah, jika menyengutukan engkau akan Allah Ta'ala pada ibadah - fardu takdir -,nescaya batal segala ibadah engkau, dan nescaya adalah engakau daripada sekalian yang rugi pada dunia dan akhirat. (Surah Az-Zumar: ayat 65).
sumber: Buku Anak Kunci SYURGA
Khamis, 6 Oktober 2011
TAZKIRAH HARI INI
(MengEsakan Allah Ta'ala Pada Perbuatannya)
- Tiada ada yang menjadikan, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang memberi rezeki, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang menghidupkan, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang mematikan, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang menurunkan hujan, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang memberi manfaat, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang memberi mudharat, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang menjadikan sakit, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang menyembuhkan, melainkan Allah Ta'ala
- Dan tiada yang memberi bekas, melainkan Allah Ta'ala
Maka hantu, pelesit, tok keramat dan tok nenek, tiada memberi bekas mereka itu pada mendatangkan penyakit dan tiada pada menyembuhkan, kerana firmanNya: Ertinya: Dan demi Allah, jika bertanya engkau akan kafir-kafir Mekah dengan perkataan engkau: "Siapa yang menjadikan segala langit dan segala bumi?" Nescaya berkata mereka itu pada menjawabnya:"Menjadikan akan dia oleh Tuhan yang tiada baginya bandingan lagi yang sangat Mengetahui. (Surat Az-Zukhruf: Ayat 9).
Bahkan tiada ada perbuatan bagi yang lain daripada Allah Ta'ala, kerana firmanNya: Ertinya: Dan Allah Ta'ala menjadikan ia akan kamu dan akan perbuatan kamu. (Surat Ash-Shaffaat: Ayat 96).
Wallahu a'lam.
Selasa, 13 September 2011
MAKAN TENGAH HARI
Sheikh Mohamed Abdul Aziz bersama salah seorang pegawai Bank Islam Malaysia, yang turut hadir dalam ceramah yang diadakan di Dewan Seminar, Menara DBP, KL.
Isnin, 12 September 2011
SELAMAT BERANGKAT
Selamat berangkat ke Tanah Suci Madinah dan Makkah kepada Kak Zai, Haji Zack dan keluarga, syukur telah dipilih menjadi Tetamu-Nya. Didoakan dipermudahkan segala urusan di sana, selamat berangkat dan selamat kembali, membawa Haji Mabrur. Sesungguhnya Haji Mabrur itu balasannya adalah syurga.
Haji dan Umrah...
Ia datang dan berlalu saban tahun tanpa mungkir
Menggamit dan mengundang setiap hati, jiwa dan nurani suci
Insan kamil berjiwa kudus penuh bersenandung ikhlas dan tulus
Sujud pasrah dalam masjid mulia penuh barakah
Masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang penuh sejarah
Wahai saudara dan saudari bakal haji dan hajah yang dikasih
Bukan mudah menggarap haji yang mabrur
Ilmu dan persediaan harus tegar dan mantap
Minda harus positif, sihat dan terjurus
Fizikal mesti perkasa serta sihat
Hati dan niat harus ikhlas dan jujur
Manakala visi dan misi harus spesifik, telus dan jelas.
Rujukan: Buku Panduan Mengharap Haji Mabrur
Jumaat, 9 September 2011
KEBERKATAN DAN KELEBIHAN HARI JUMAAT
Penghulu Segala Hari
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu:
- Allah ciptakan Adam,
- Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
- Allah mematikan Nabi Adam,
- Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram,
- Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuannya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim).
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutuskan malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Khamis, 8 September 2011
INGATLAH SAAT KEMATIAN
Wahai saudaraku umurmu adalah nafas-nafas yang terhitung, atasmu ada penjaga yang menghitungnya. Janganlah engkau lupakan maut kerana sesungguhnya ia tidak melupakan kamu, bersegeralah kerana sesungguhnya ia adalah nafas-nafas yang sekiranya ditahan atasmu nescaya ia terputus amalan kamu selama-lamanya.
Nafasmu keluar selama-lamanya, dan engkau berpisah dengan ahli keluargamu.
Maka ingatlah keadaanmu wahai yang lalai, pada hari engkau dibolak balikkan atas tempat pemandian oleh tangan orang yang memandikan. Kemuliaanmu telah hilang, hartamu telah dirampas, engkau dikeluarkan dari kekasih-kasihmu, anak-anak, cucu cicit yang mencintaimu.
Engkau akan dihantar dan dimasukkan ke dalam tanah dan diserahkan kepada penghuni bumi, engkau menjadi taruhan dalam liang lahad. Engkau ditangisi seketika kemudiaan dilupakan selamanya. Lalu berubahlah kebaikan dan keindahanmu, anggota-anggotamu rosak binasa, kain kafanmu hancur dan ulat datang memakan tubuhmu.
Lidahmu rosak dan matamu binasa seakan-akan engkau tidak pernah melihat dan bercakap.
Wahai anak Adam seakan-akan engkau dengan maut telah menduduki perkarangan kamu, ia menghalang kamu dari apa yang engkau inginkan. Engkau dalam keadaan nazak dan kesusahan yang amat sangat, ayah dan anak tidak dapat menolongmu, tidak ada persiapan yang boleh menyelamatkan kamu.
Tidak ada keluarga dan banteng kukuh yang boleh melindungi kamu, bukankah ia turun kepada kamu atas setiap keadaan. Maka sekarang sedarlah ketika masih berguna tangisan, sebelum tiba saat kerugian dan penyesalan.
Ahad, 4 September 2011
PUASA SUNAT 6 HARI BULAN SYAWAL
FADILAT PUASA ENAM
Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah SWT., nescaya akan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
PAHALA SETAHUN PUASA
Imam Ahmad dan An-Nasa’i, meriwayatkan daripada Tsauban, Rasulullah SAW. bersabda: “Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu) telah berpuasa untuk setahun.” - (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan; puasa 30 hari pada bulan Ramadan ganjarannya sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula ganjarannya sama dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya menjadi 360 hari, ia menyamai jumlah hari dalam setahun iaitu 360 hari, Oleh demikian seolah-olahnya kita telah berpuasa sepanjang tahun.
Khamis, 25 Ogos 2011
Selasa, 16 Ogos 2011
VIDEO UMRAH SIRI-1, 16 - 31 MEI 2010
Sekadar berkongsi pengalaman, mungkin ada manfaatnya untuk kita bersama. Setidaknya meruntun jiwa kita untuk ke sana. Semoga Allah memberikan kita rezeki dan kesihatan yang baik, mudah-mudahan hasrat untuk ke sana mendapat restu-Nya. Amin.
Khamis, 21 Julai 2011
Selasa, 19 Julai 2011
AKU TAKUT MATI
Bila-bila masa mati boleh datang kepada kita.Mati dalam erti kata lain meninggal dunia dan segala kemewahan hidup yang pernah kita kecapi.
Mati ialah satu perkara yang semua orang akan tempuhi pabila tiba masanya. Walau kita berpangkat Dato', Tan Sri, Jutawan Segera, Blogger Terkenal sekalipun, mati tetap akan menjemput kita. Andaikata ditetapkan matinya kita pada esok pagi, maka itulah ketetapan bagi kita. Tidak akan lewat walau sesaat.
Pernah aku terfikir, adakah aku takut mati? Adakah aku betul-betul takut untuk meninggalkan dunia ini? Secara realitinya, Ya. Aku cukup takut untuk menghadapi saat kematian. Tetapi adakah takutku diterjemahkan ke dalam amalan harianku? Atau hanya sekadar takut semata-mata. Kalau boleh dihitung dosa-dosaku, ternyata cukup banyak, mungkin mencapai syntax error di calculator scientific sekalipun. Adakah dosa yang akan ku bawa ketika mati?
Ketika saat aku mengeluarkan entry ini, aku terfikir dan termenung sebentar. Masih adakah lagi hari esok untuk aku? Masih adakah lagi solat jumaat untuk aku pada minggu ini? Masih adakah lagi kata-kataku di blog ini?Aku takut.
Jangan takut untuk mati, takut untuk melakukan dosa.Itulah yang sering aku dengar.
Aku takut untuk melakukan dosa, tapi aku tetap melakukan dosa. Aku tahu betapa besarnya azab Allah kepada hambanya yang melakukan dosa, tapi aku leka, aku cuai, aku hanyut! Aku ingkar perintah Allah. Betapa hinanya hambamu ini Ya Allah.
Setiap kali aku membonceng motosikal, ketika itulah datangnya perasaan takut untuk mati. Otakku disogokkan dengan cerita-cerita ngeri nahas jalanraya. Tetapi, ketika aku duduk senang-senang, menghadap screen, tidak pernahku terfikirkan mati. Sedangkan hakikatnya , mati itu dimana-mana. Jahilnya hambu ini Ya Allah.
Matiku adalah ketentuanmu Ya Allah. Jasadku diberi nyawa hanyalah untuk sujud kepadamu Ya Allah. Andaikata esok masih ada, akanku cuba untuk menjadi lebih baik berbanding hari ini.
sumber: http://janganignore.blogspot.com
Rabu, 13 Julai 2011
UNTUK DIKONGSI BERSAMA...
89. Barangsiapa yang membawa kebaikan, Maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram daripada kejutan yang dahsyat pada hari itu.
90. Dan barang siapa yang membawa kejahatan, Maka disungkurkan muka mereka ke dalam neraka, tiadalah kamu dibalasi, melainkan (setimpal) dengan apa yang dahulu kamu kerjakan.
91. Aka Hanya diperintahkan untuk menyembah Tuhan negeri ini (Mekah) yang telah menjadikannya Suci dan kepunyaan-Nyailah segala sesuatu, dan Aku diperintahkan supaya Aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
92. Dan supaya Aku membacakan Al-Quran (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk Maka Sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat Maka Katakanlah: “Sesungguhnya Aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan".
93. Dan Katakanlah: “Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, Maka kamu akan mengetahuinya dan Tuhan mu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan”.
SIAPA YANG ‘TIDAK TAKUT DAN TIDAK BERDUKACITA’?
Allah Taala ada berfirman, ertinya:
“Ketahui oleh mu bahawa kekasih Allah itu tidak takut dan tidak berdukacita”
Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini,
Moga-moga Tuhan memberi kita faham maksud dan kehendak-Nya,
Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati,
Dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan,
Di antara kehendak ayat ini:
Orang bertaqwa itu dia tidak takut dengan manusia dan kuasa manusia, kalau dia didatangkan ujian dan manusia tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan,
Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita,
Orang mukmin tidak dengan kesakitan,
Kalau berlaku tidak pula susah hatinya,
Orang yang bertaqwa tidak bimbang dengan penghinaan dari manusia,
Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya,
Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia,
Kalau berlaku tidak pula susah hati,
Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang tentang rezekinya,
Kalau tidak ada, redha hatinya,
Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang,
Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya,
Wali Aliah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta,
Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita,
Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir Tuhannya,
Kalau terjadi tidak pula bersedih hati,
Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia, harta benda dan sanak saudaranya,
Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya,
Orang mukmin itu yang dia takut hanya dengan Tuhannya,
Yang dia berdukacita kalau berbuat dosa,
Dia takut kalau Tuhan tidak redha,
Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya,
Dia bimbang kalau tercabut imannya,
Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya,
Begitulah lebih kurang maksud dan kehendak tafsiran ayat,
Moga-moga ada kebenarannya.
kuliah zuhur, surau Al-Hukama.
Isnin, 4 Julai 2011
sumber: UM, 24 Jun 2011
(Ulang Tahun DBP ke-55, 1956-2011)
Melalui Terowong 55, jalannya tak mudah. Bertemu
Amsal dan kiasnya memilin wasangka kelabu.
Jalannya licin, gelincirnya berlumut hijau tebal
Kerikil tajam menikam, pecahan kaca merejam
Besi berkarat warisan krisis, namun kita tidak pesimis
Trektor dikendali aspalnya ditar, mengutuh kembali.
Bocor di bumbung melengkung, pintu zon rekah.
Jadual iklim system. Bawa budaya zaman sekolah
Yang tinggi. Aset baru, berfikir, mentafsir sejujurnya,
Sedinamik labah-labah menyirat sarang. Kita perintis
Mendukung Lidah Kongres 1956. Bentuk programa Alaf
Lidah Bahasa Utama Rumpun Melayu SeNusantara.
Inilah amsal komuniti lebah mengumpul madu.
Para literature dan linguis kalian perintis tamadun
Dengan sains baru. Lahir ribuan Za’ba dengan azam
Kependetaan. Ini Dampak mulia, ini Mandat Utama
Yang diLembagakan. Demi Cinta yang suci, hadapi
Khianat tengkulak. Demi Cinta, dirgahayu tak berganjak.
Bangkitlah Cinta Agung mendukung Bahasa Agung. Selepas
Terowong 55 ini, di hujung sama ada Cahaya Jiwa Bangsa.
SN DATO’ DR. AHMAD KAMAL ABDULLAH – KEMALA
KUALA LUMPUR
3 – 4 JUN 2011
(dipetik dari Buku Cenderamata sambutan ulang tahun DBP ke-55)
Isnin, 20 Jun 2011
"1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia" Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke
Ceramah ke-2, bertajuk "Patriotisme Dan Keselamatan" disampaikan oleh Dato' Seri Zaini Haji Md. Said.
Isnin, 13 Jun 2011
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
SEPANG - KLIA
9.15 pagi: Alhamdulilah, selamat mendarat di KLIA...semuanya OK tiada jemaah kehilangan bagasi dan air zam-zam....hingga jumpa lagi. Kemaafan jua dipinta, sekiranya ada kesilapan dan kekasaran bahasa ketika saya menguruskan tuan/puan.
Ahad, 12 Jun 2011
KEMBARA siri-2...
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
AIRPORT ANTARABANGSA BAHRAIN
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI
MAKKAH - AIRPORT HAJI, JEDDAH
5.30 pagi: Selepas solat subuh, jemaah diminta melaksanakan tawaf wida' secara pensendirian atau berkumpulan. Aku membawa Pak Yasir (agak uzur), adik membawa ayah, emak, mak Teh di bawa oleh wan Peah. Selepas tawaf wida' jemaah tidak dibenarkan untuk membeli belah, hanya terus balik ke hotel untuk sarap pagi dan bersiap untuk ke Jeddah.
7.30 pagi: Berkumpul di Lobi Hotel untuk Taklimat Perjalanan ke Jeddah, Bahrain dan seterusnya ke Kuala Lumpur yang diberikan oleh Tour Leader.. Urusan pasport dan tiket jemaah di Pejabat Andalusia.
8.00 pagi: Bertolak ke Jeddah diiringi oleh Mutawwif, ust Imam hingga ke sempadan Airport Haji. Kami dimaklumkan mutawwif tidak dibenarkan memasuki kawasan Airport, sekiranya ditangkap oleh pihak berkuasa Saudi, denda akan dikenakan dalam anggaran SR 2000 hingga SR 5000 seorang. Oleh itu, semua urusan di Airport akan diuruskan oleh Tour Leader. Dalam perjalanan ke Jeddah...saya telah membuat kutipan SR 10 seorang bagi memudahkan urusan bagasi dan air zam-zam di Airport nanti, ini adalah pengalaman saya semasa mengerjakan umrah tahun lepas (2010). Dan sedikit derma daripada jemaah untuk ust. Imam, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan atas bantuan dan tunjuk ajar beliau semasa kami mengerjakan umrah "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Terma Kasih Ust...daripada kami. Di sempadan Airport kami berhenti sebentar untuk menurunkan Ust. Imam dan mengambil Pek Makanan untuk jemaah (Nasi Bungkus).
11.00 pagi: Sampai di Airport Haji, Jeddah. Kami berkerjasama menguruskan bagasi dan air zam-zam. Kami sudah macam satu keluarga besar...dalam tempoh hampir 2 minggu susah atau senang kami bersama, bantu membantu antara satu sama lain adalah menjadi prinsip kami. Urusan di Airport amat mudah sekali...sebelum ini aku rasa agak gelisah juga kerana bermacam-macam cerita atau versi dimaklumkan kepada aku oleh beberapa orang Tour Leader yang lebih senoir daripada aku semasa di Makkah. Mereka memberitahu tentang kepayahan dan kesulitan bakal dihadapi semasa berurusan di Airport Haji. Alhamdulillah berkat doa semua jemaah...urusan kami mudah, kami diberi keutamaan melalui pintu masuk imigresen di Balai Berlepas. Malahan kami dihantar oleh salah seorang pegawai imigeren memasuki pesawat, mereka betul-betul memastikan kami dilayan dengan baik. Terima Kasih. 1.15 petang: Berlepas ke Bahrain dengan penerbangan GF 174.