UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Selasa, 31 Mei 2011

26 April 2011...(Hari Ke-2)...Selasa
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI


BANDARAYA MANAMA, BAHRAIN

3.00 pagi
(waktu Bahrain): Call semua jemaah untuk solat Subuh (masuknya waktu Subuh di Bahrain 3.45 pagi)

6.00 pagi: Sarapan pagi di hotel dan sesi gambar kenangan sebelum ke Airport Bahrain untuk teruskan kembara ke Jeddah.


7.30 pagi: Bertolak ke Airport Antarabangsa Bahrain

10.15 pagi: Penerbangan ke Jeddah, lewat 40 minit daripada masa yang ditetapkan (9.40 pagi). Penerbangan ke Jeddah akan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kami berlepas ke Jeddah dengan pesawat GF 173.

LAPANGAN TERBANG HAJI, JEDDAH

12.30 tengah hari: Selamat mendarat di Lapangan Terbang Terminal Haji, Jeddah, apa yang mengembirakan urusan imigresen di sini amat mudah sekali. Walaupun sebelum ini pelbagai cerita dan kerenah yang diberitahu oleh Tour Leader sebelum ini. Kerana sebelum ke sini aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Solat jamak Zohor dan Asar di sini sementara menunggu ketibaan bas yang akan membawa kami ke Madinah. Agar kecewa juga kerana tiada wakil syarikat yang menyambut ketibaan jemaah. Aku terpaksalah menghubungi Haji Shukri dan Haji Hamdani, maklumkan bahawa jemaah sudah lama menunggu di Airport Haji.

Aku juga menghubungi mutawwif, Ust Imam beberapa kali bertanyakan tentang pengangkutan (bas). Aku tidak mahu jemaah menunggu terlalu di Airport, kerana perjalanan kami masih jauh lagi iaitu ke Madinah.

3.00 petang: Jam 3.00 petang (waktu Arab Saudi) barulah bas sampai, itu pun telah banyak kali hubungi Mutawwif. Alasan yang diberikan cuma kesesakan jalan raya bas tidak boleh masuk ke Airport.
Minta semua jemaah berkerjasama mengangkat bagasi dan menyusunnya dalam perut bas. Teruskan perjalanan ke Madinah. Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Airport, berhenti ambil mutawwif Ust. Imam dan serahkan pasport dan senarai tiket pulang jemaah ke Haji Hamdani. Dalam perjalanan ke Madinah ini kami dibekalkan dengan nasi bungkus Mr. Sate. sedap...ya mungkin perut dah terlalu lapar.

Ahad, 29 Mei 2011

25 April 2011...
KEMBARA siri-2..
PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI

Aku telah dipertanggungjawabkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai TOUR LEADER umrah kali ini, dengan membawa seramai 32 orang jemaah dengan pakej bermalam semalaman di bandar Manama, Bahrain. Seterusnya ke Jeddah, Madinah dan Makkah.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (KLIA)
7.00 pagi: Semua jemaah berkumpul di Balai berlepas Aras 5, kuanter K & L KLIA. Urusan timbang bagasi, pembahagian pasport, boding pass, taklimat ringkas dan bacaan doa.
10.55 pagi: Berlepas ke Bahrain dengan pesawat GF281...dalam penerbangan diserang gastrik yang agak teruk, cuma banyakkan zikir munajat mohon pertolongan yang Maha Esa dan minta sedikit makanan daripada paramugari. Alhamdulliah.


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BAHRAIN
1.55 petang: Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain. Pemeriksaan imigresen tertangguh sementara waktu. Di mana seorang jemaah namanya tertinggal dalam pakej bermalam di Bahrain. Kerana jemaah ini menguruskan tiket penerbangannya secara persendirian. Terpaksa hubungi pegawai Andalusia di Kuala Lumpur minta kepastian. Setelah berbincang dengan pihak imigresen Bahrain jemaah telah dibenarkan membayar sendiri pakej penginapan dan makanan di Bahrain.
4.15 petang: Bertolak ke tempat penginapan, Hotel Tulip iaitu lebih kurang 20 minit perjalanan dengan 2 buah mini bas.
4.45 petang: Urusan chek-in bilik, satu bilik 2 dua orang, solat Asar
5.30 petang: Lawatan sekita bandar Manama, ibu negara Bahrain. Masih banyak kelihatan kereta kebal di tepi-tepi jalan, ketika ini Bahrain baru sahaja tenang daripada gerakan reformasi rakyat. Hanya beberapa tempat sahaja yang dapat dilawati kerana jemaah sudah terlalu penat...haaa lapar dah, seperti Twin Tower (photoshop) mercu tanda Bahrain, Pusat Krattangan, kesan sejarah pelabuhan dan sekitar bandar Manama.
8.00 malam: Balik hotel...makam malam, rehat dah penat.


sekitar bandar Manama, Bahrain

Khamis, 26 Mei 2011

MUSIBAH TANAH RUNTUH, HULURKAN SUMBANGAN....



Lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Operasi mencari dan menyelamat berakhir kira-kira 5.30 pagi tadi dengan penemuan mangsa terakhir pada jam 5.05 pagi. Dalam tragedi ini seramai 16 orang anak yatim dan penjaga meninggal dunia. Al-Fatihah. Ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi itu dan berharap keluarga mangsa akan tenang dan sabar menghadapi dugaan Allah ini. Marilah kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.


SUMBER FOTO: kiriman rakan

Rabu, 18 Mei 2011

HANYA TINGGAL KENANGAN

Hari ini genaplah satu bulan nenek (uwan) tercinta meninggalkan kami (19 April 2011) buat selamanya, ia kembali kepada pencipta-Nya. Iaitu lima hari sebelum kami berangkat ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah. Uwan tidak sakit teruk...cuma dua hari sebelum meninggal uwan sudah tidak larat untuk bangun dan solat, makan hanya sedikit-sedikit. Aku dan Mak Teh (ibu saudara) yang banyak menjaga uwan, menghantarnya mendapatkan rawatan susulan untuk darah tinggi di Klinik Kesihatan Taman Medan Jaya atau pun rawatan perubatan alternatif. Kami berdua amat rapat dengan uwan. Ketidaan uwan amat terasa sekali. Uwan menghembuskan nafas terakhir tepat jam 11.30 malam, 19 April 2011, dalam usia 84 tahun. Jenazah uwan selamat disemadikan bersebelahan arwah Atuk di kampung pada 20 April 2011, selepas solat zohor (2.00 petang). Semasa jenazah uwan diturunkan ke liang lahat tiba-tiba hujan rintik-rintik turun. Dua jam sebelum uwan menghembuskan nafas terakhir, uwan sentiasa tersenyum. Aku terfikir uwan senyum dengan siapa. Mungkin uwan sudah dapat lihat tempatnya di sana. Aku reda' dengan ketentuan Ilahi ini. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Dari Nya kita datang kepadaNya jualah kita akan kembali. Semoga roh uwan dilimpahi rahmatNya dan bahagia di sana. Amin. Al-Fatihah. Kami juga akan menyusur kemudian.

Firman Allah: "Tiada sesuatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang hilang dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (Al-Hadid: 22-23)

Kita dicipta-Nya penuh indah
Disediakan-Nya kamar ibadah
Disinari-Nya nur yang melimpah
Itulah tanda keagungan nur Allah

Jika kita amalkan muhasabah
Hayati Quran, Sunnah Rasullullah
Zikir, munajat Alhamdulilah
Puji segala nikmat diberi Allah

Semat kebaikan dalam hati
Pilihlah jalan suci abadi

Itulah kehidupan mukmin sejati
Membawa panji mengenal llahi

Rebutlah dua rakaat sembahyang
Ketika digelita malam hari
Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang
Moga bahgia kita di sana nanti

HajiBurn