UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Selasa, 26 Jun 2012

RAHSIA SOLAT

Imej ini dikirimkan olek Kak Ani...untuk dikongsi bersama mungkin ada manfaatnya untuk kita semua.

7 MEI 2012, ISNIN (HARI KE-14) - SELAMAT MENDARAT DI KLIA

 
1.00 tengah hari (Waktu Malaysia) kami selamat mendarat di KLIA.   Ketibaan jemaah di balai ketibaan disambut oleh Haji Mat, Pegawai Andalusia.   Alhamdulillah semuanya selamat, cuma seorang jemaah tertinggal beg (mungkin dah tidak sabar untuk bertemu keluarga).   Bagi jemaah, botol air zam-zam yang pecah, akan diganti oleh pihak Andalusia.   Sebelum berpisah kami bersalaman antara satu sama lain, semoga dipertemukan lagi dalam kembara siri yang lain.   SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERKATI ZIARAH DAN IBADAH KAMI.  AMIN.  
Aku dan Ust Shafiq, adalah orang yang terakhir sekali meninggalkan Balai Ketibaan, bagi memastikan semua jemaah diserahkan semula kepada keluarga masing-masing.   Aku diambil oleh adik (Mat) dan adik sepupu (Along) dan terus balik ke kampung.   Di kampung sudah pasti ayah dan ibu sudah menunggu, dalam perjalanan pulang tiada banyak yang dibicarakan.   Singgah di rumah Acik di Seremban, aku dihidangkan dengan makanan nasi campur lauk ikan goreng, sayur pucuk lemak putih, tentunya menyelerakan.  Sampai di kampung jam 6.00 petang.

Kepada jemaah aku menyusun jari sepuluh memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan dan kesilapan ketika menguruskan tuan/puan.

6 MEI 2012, AHAD (HARI KE-13) - TRANSIT DI RIYADH

Dalam perjalanan ke KLIA penerbangan kami transit selama satu jam di Riyadh, untuk menurun dan mengambil penumpang.   Kami tidak dibenarkan turut dari peswat.

Makanan ringan disajikan dalam penerbangan antara Madinah, Riyadh

Menu makan malam...sedap

Menu minum pagi...
Dalam penerbangan nampaknya semua jemaah letih, penat...masing-masing merehatkan diri.   Dalam  penerbangan ini ada disediakan kemudahan ruang untuk solat yang boleh memuatkan 5 - 6 jemaah dalam satu-satu masa.   Aku sempat solat subuh berjemaah dalam penerbangan ini yang diimamkan oleh warga Arab Saudi.   Selepas solat aku sambung semula mimpi ku.....

6 MEI 2012, AHAD (HARI KE-13) - ZIARAH WADA'

Hari ini adalah hari terakhir kami di sini, semua jemaah dikehendaki membuat ziarah wada' sebelum meninggalkan kota Madinah.  Aku melaksanakannya selepas solat Asar.   Ziarah Wada' ke makam Rasulullah s.a.w. iaitu ziarah perpisahan dengan makam Baginda Nabi s.a.w. dimaksudkan umtuk memberikan penghormatan kali terakhir kepada Rasulullah s.a.w. ketika hendak meninggalkan Kota Madinah.
Kini kami setelah pun selesai pengembaraan mencari kebahagiaan hakiki di Tanah Suci Mekah dan Madinah.  Maka tibalah masanya untuk kami membuat persiapan untuk pulang ke tanah air, walaupun hati kecil kami berat berbuat demikian.   Kami pastikan tiada barang atau beg yang tertinggal atau tercicir.   Jam 5.00 petang kami (5 buah bas) bertolak ke Airport Madinah, mengambil masa lebih kurang  setengah jam.   Perjalanan kami ke Airport diiringi oleh Mutawwif.    Urusan bagasi jemaah diuruskan oleh mutawwif iaitu Ust. Alam Shah. 
Tepat 9.35 malam kami berlepas dengan pesawat SV831.

6 MEI 2012, AHAD (HARI KE-13) - KILANG AL-QURAN

Atas permintaan sebahagian jemaah, kami telah mengaturkan lawatan ke kilang Al-Quran di Madinah.   Seramai lebih kurang 60 orang jemaah turut serta dalam lawatan ini.   Jam 6.30 pagi kami berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas (2 buah bas), dalam perjalanan ke kilang Al-Quran kami singgah di Masjid Quba untuk solat sunat 2 rakaat di sini.  Kemudian meneruskan perjalanan ke kilang Quran.   Kami cuma dibenarkan berada di kilang ini hanya 10 minit sahaja setelah diberi penerangan ringkas oleh pegawai yang bertugas.   Jemaah telah dihadiahkan senaskah Al-Quran setiap seorang.  Alhamdulillah.

Jemaah di Kilang Al-Quran, Madinah

Masjid Quba


Khamis, 21 Jun 2012

5 MEI 2012, SABTU (HARI KE-12) - MADINAH, LADANG DAN PASAR KURMA

Kemudiannya jemaah dibawa melawat Ladang Kurma, di ladang ini terdapat berbagai jenis kurma yang masih segar.  Kita boleh makan sebanyak mana yang kita boleh secara percuma, kalau nak bawa balik kenalah beli...harganya pun boleh tahan juga.   Di sini aku pekena air teh panas Pak Arab dengan daun pudina (percuma) sementara menunggu jemaah membeli belah.

Ladang Kurma
Santai di Ladang Kurma sambil menghirup teh panas arab

Perjalanan ke Ladang Kurma
Di pasar kurma, kurma yang paling istimewa ialah kurma Najwa (Kurma Nabi), harganya agak mahal iaitu gred 'A' mencecah sehingga 80 RS sekilo.   Aku berbelanja kurma sahaja hampir 400 RS...sebagai buah tangan untuk keluarga di tanah air.   Apabila kita datang ke sini...buah tangan yang paling istimewa ialah air zam-zam dan kurma, itulah yang dinanti-nantikan oleh keluarga dan sahabat handai kita di tanah air.

Berbelanjalah yang semampunya secara tidak langsung kita menyumbang ke arah pembangunan kota Madinah yang dicintai ini.   Udara di sini merupakan ubat bagi segala penyakit oleh itu kita tidak digalakan untuk memakai 'mask'.

Rabu, 20 Jun 2012

5 MEI 2012, SABTU (HARI KE-11) - MADINAH, BUKIT UHUD

BUKIT UHUD
Selepas ziarah Masjid Jumaat, Quba dan Qiblatain jemaah dibawa pula ziarah ke Bukit Uhud, terletak lebih kurang 4 setengah km dari kota Madinah.  Bukit Uhud adalah satu kawasan di mana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam.  Di sinilah berlakunya Perang Uhud pada tahun ke-3 Hijrah.  Dalam peperangan ini bapa saudara Nabi s.a.w terkorban iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, antara sahabat yang tewas ialah Mus'ab bin Umair r.a. dan Abdullah bin Jahsyi.   Apabila sampai di sini bacalah doa untuk para sahabat yang gugur syahid.

Di sini sudah banyak didirikan gerai-gerai bagi memudahkan peniaga menjual pelbagai jenis barangan.

5 MEI 2012, SABTU (HARI KE-11) - MADINAH, ZIARAH LUARAN

6.30 pagi jemaah diminta berkumpul di lobi hotel, pagi ini jemaah akan dibawa melakukan ziarah luaran sekitar kota Madinah.   Setiap bas akan dipimpin oleh seorang mutawwif yang bertindak sebagai pemandu pelancong memberikan penerangan setiap tempat yang dilawati. 
MASJID QUBA
Masjid Quba adalah masjid yang pertama kali dibina oleh Rasulullah s.a.w. bersama sahabat Baginda sebaik sahaja sampai berhijrah ke Madinah.  Terletak lebih kurang 5 km dari Masjid Nabawi,  salah satu kelebihan masjid ini barang siapa solat sunat dua rakaat di dalamnya akan mendapat pahala seperti satu umrah.  Berkaitan dengan keutamaan masjid ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa berwuduk di rumahnya kemudian mendatangi Masjid Quba dan bersolat di dalamnya maka baginya adalah pahala seperti pahala umrah." (hadis riwayat al-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Abi Syaibah, al-Hakim dan disohih oleh yang lain).
Rasulullah s.a.w. sentiasa datang ke masjid ini pada setiap hari Sabtu sama ada berjalan kaki ataupun menunggang unta.  Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a.

Masjid Quba
 
Di dataran Masjid Quba

Ruang dalam Masjid Quba
Mak Cik bersama Kak Ani di Masjid Quba

MASJID QIBLATAIN
Selepas itu jemaah dibawa menziarah Masjid Qiblatain.  Dinamakan dengan Qiblatain (Dua Kiblat) adalah bersempena dengan peristiwa pertukaran kiblat dari Masjid al-Aqsa ke Ka'abah di Mekah pada tahu ke-2 Hijrah.
Firman Allah s.w.t. turun ke tika Nabi Muhammad s.a.w. bersama para sahabat sedang solat Zuhur berjemaah di dalam masjid ini.   Dalam rakaat kedua turunlah wahyu Allah yang memerintahkan agar Nabi s.a.w. mengubah kiblat ke arah Baitullah di Mekah Mukaramah.    Firman ini sebagaimana disebutkan dalam Surah al-Baqarah ayat 144.

Kiblat asal yang menghala ke Masjid al-Aqsa

Ruang solat utama Masjid Qiblatain
MASJID JUMAAT
Terletak kira-kira 1 km dari Masjid Quba.  Dinamakan dengan Jumaat kerana di sinilah pertama kalinya Rasulullah mendirikan solat Jumaat bersama penduduk Wadi Ranuna' semasa dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Quba ke Madinah.

Masjid Jumaat

4 MEI 2012, JUMAAT (HARI KE-10) - MADINAH, ZIARAH DALAMAN

6.30 pagi jemaah dibawa melaksanakan Ziarah Dalaman, iaitu ziarah Makam Rasullullah s.a.w, Abu Bakar al-Shiddiq r.a. dan Khalifah Umar bin Khattab r.a. kemudian jemaah dibawa ke Raudhah untuk solat sunat dan berdoa di sini.   Selepas itu ziarah perkuburan  Baqi', tanah perkuburan Baqi' ini terletak tidak begitu jauh dari Masjid Nabawi.  Di sinilah dimakamkan Khalifah ketiga iaitu Usman bin Affan, isteri-isteri dan juga anak-anak Baginda Rasulullah s.a.w..  Diriwayatkan juga di sinilah dimakamkan kira-kira 10,000 orang sahabat Nabi s.a.w.

Tanah Perkuburan Baqi'
Selepas sesi ziarah ini jemaah bebas untuk beribadah dan beriktikaf di Masjid Nabi sehingga masuknya waktu solat jumaat.

Payung di dataran masjid kembang secara
 automatik sekira cuaca panas
Pemandangan waktu senja di Masjid Nabi

3 MEI 2012, KHAMIS (HARI KE-9) - TERUSKAN PERJALANAN KE MADINAH

6.00 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke Madinah Al-Munawarah.  Kebanyakan jemaah mengambil kesempatan untuk melelapkan mata seketika. Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan ini cuma dipenuhi dengan padang dan gunung pasir sahaja.
9.00 malam sampai di Madinah, kami dapati jemaah baru selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Nabawi yang penuh barakah itu.   Di Madinah kami di tempat di hotel Durrat Al Fayroz lebih kurang 150 m dari Masjid Nabawi.   Ketibaan kami disambut oleh Pengurus Andalusia di Madinah iaitu Ust. Hanafi dan pegawai yang lain.  Selesai agihan kunci bilik jemaah naik ke bilik masing-masing dan berehat setelah menampuh perjalanan yang panjang.


Khamis, 14 Jun 2012

3 MEI 2012, KHAMIS (HARI KE-9) - WADI KUDEK DAN NASI MANDY

Lebih kurang hampir dua jam perjalanan kami singgah di Wadi Kudek untuk solat Asar dan jamak solat Maghrib dan makan malam di sebuah restoran Arab yang ditaja oleh Andalusia.   Jemaah disajikan dengan Nasi Mandy, ayam panggang dan ikan goreng, satu dulang untuk lima orang.  Memang sedap....sekali.
rehat di Dataran Wadi Kudek...sambil pekena Teh panas Arab

Di sini jemaah bersempatan membeli madu lebah padang pasir dengan harga 15 RS sebotol (murah).   Aku beli hanya sebotol untuk di bawa pulang ke tanah air.

Rabu, 13 Jun 2012

3 MEI 2012, KHAMIS (HARI KE-9) - MEKAH MADINAH

Sebelum meninggalkan Mekah jemaah diwajibkan melaksanakan Tawaf Wida' atau tawaf perpisahan.  Jika jemaah akan meninggalkan Mekah samada untuk kembali ke tanah air ataupun berziarah ke Madinah atau mana-mana tempat yang jauhnya melebihi dua marhalah (lebih kurang 91 km) dari Baitullah maka kita wajib melakukan tawaf Wida'.   Hakikatnya tawaf Wida' adalah sama dengan tawaf Umrah, Haji ataupun Sunat.  Bezanya adalah pada niat, tawaf Wida' ini jemaah tidak perlu memakai pakaian ihram dan boleh memakai wewangian.

Aku melakukan tawaf Wida' sendirian, selepas solat Zuhur dalam keadaan cuaca yang amat panas.    Selepas itu seperti biasa berdoa di Multazam dan menunaikan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim.   Kemudian bersegera balik ke hotel untuk makan tengah hari.   Sebelum itu, sebelah paginya semua bagasi ditempatkan di lobi hotel mengikut aturan nombor bas masing-masing bagi memudahkan petugas hotel memunggah bagasi mengikut ketentuan nombor bas ( 1 hingga 5).  

Jam 3.00 petang semuanya beres kami bertolak ke Madinah meninggalkan seribu kenangan manis beribadah di Baitullah.  Sesungguhnya bukan buat kali terakhir buat kami....,kami akan ke sini lagi semoga Allah melimpahkan rezeki yang halal, umur dan kesihatan yang diredai'.   Kami ke Madinah berkonvai iaitu 5 buah bas, aku bas nombor lima bersama Zul Bakar, Zul Khalil, Rafiq dan keluarga, Kak Ani, Azhar, Mak Cik Nab, Pak Cik Norzan, dalam bas ini terdapat 31 jemaah semuanya yang masih bersemangat meneruskan perjalanan ziarah ke Madinah.    Sebelum bertolak kami sama-sama membaca doa Safar yang dipimpin oleh Mutawwif agar perjalanan kami selamat dan diberkati oleh Allah.   Lebih kurang satu jam perjalanan bas nombor 2 mengalami masalah berek.   Mujurlah atas kemahiran yang ada pemandu bas ini (rakyat Indonesia) kerosakan kecil dapat di atasi dengan segera, perjalanan diteruskan.  Kebanyakan jemaah dibuai mimpi, maklumlah mungkin kepenatan.

salah satu terowong yang terdapat di Mekah....

membaiki masalah berek
Sepanjang perjalanan tiada pemandangan yang menarik, cuma padang dan gunung pasir seluas mata memandang.

perkuburan Ma'ala, di sinilah isteri Nabi Siti Khatijah di semadikan

dalam perjalanan aku sempat rakamkan kambing-kambing ini...

Selasa, 12 Jun 2012

MEKAH, 3 MEI 2012, KHAMIS (HARI KE-9) HARI TERAKHIR DI SINI....

Membeli belah di kota Mekah:  Jemaah tidak perlu bimbang, kerana sebahagian besar peniaga di Mekah amat memahami bahasa Melayu, jemaah tidak akan menghadapi masalah dalam urusan membeli belah di sini.  Mungkin ada segelintir peniaga kadang kalanya kurang fasih untuk melafaskannya, khususnya istilah yang berkaitan dengan jual-beli.  Bagaimanapu jemaah harus berhati-hati kerana tidak semua peniaga di sini mempunyai sifat jujur dan amanah dalam urusan jual-beli.   Bahkan ada peniaga mengambil kesempatan atas kelalaian kita.
Jika jemaah ingin membeli kurma terutamanya kurma nabi yang mempunyai khasiatnya itu sebagai buah tangan untuk saudara dan sahabat handai di tanah air, sebaiknya di beli di ladang atau pasar kurma di Madinah.  Kerana di sana harganya lebih murah dan mempunyai kualiti lebih baik.

peniaga jalanan ini muncul selepas solat subuh atau asar
Untuk membeli di Mekah adalah dicadangkan jemaah bolehlah pergi ke Safwa Tower, berhampiran dengan Menara Jam, di sini banyak kedai-kedai menjual pelbagai jenis barangan untuk dijadikan buah tangan.

Isnin, 11 Jun 2012

MEKAH, 2 MEI 2012, RABU (HARI KE-8)

Hari ini jemaah bebas melaksanakan ibadah di Masjdil Haram atau umrah secara kumpulan atau sendiri.   Aku, Zul Khalil, Rafiq dan keluarga ke Tanaim selepas solat Asar untuk miqat umrah.   Kami ke Tanaim dengan van yang boleh memuatkan seramai 10 jemaah dengan tambang 10 RS seorang pergi dan balik.   Kami mengambil van berhampiran Maulid al-Nabawi.   Jemaah tidak perlu risau selalunya pemandu van atau teksi akan menghantar terus jemaah ke Masjidil Haram, jemaah akan diturunkan berhampiran Maulid al-Nabawi iaitu, tapak rumah Rasulullah s.a.w. dilahirkan ataupun mengikut atas permintaan jemaah sendiri.  Jemaah boleh terus masuk ke kawasan sei, Bukit Marwah dan menuju ke Kaabah untuk melakukan tawaf.

masjid Tanaim

Selepas berniat umrah, kami balik semula ke Masjidil Haram untuk menyempurnakan tawaf dan sei, selesai jam 9.00 malam.   Aku dan Rafiq tidak balik ke hotel malam ni.   Kami itikaf di Masjidil Haram saja, malam ini merupakan malam terakhir kami di Mekah rugi rasanya kalau tidur di hotel bukannya mudah untuk sampai di sini.   Saat masa yang ada kami manfaatkan sepenuhnya untuk Mu, sesungguhnya kami adalah tetamu yang Engkau jemput untuk hadir di rumah Mu yang mulia ini.  Rumah Mu kami kucup mesra, sesungguhnya Kau adalah kekasih yang Satu pemberi rahmat sekelian alam.

Jam 12.00 tengah malam, badan dah terasa amat penat...kami masih berpakaian ihram kerana tidak balik untuk menukar pakaian selepas selesai melaksanakan umrah siang tadi.  Kami naik ke ruang solat di tingkat empat berhampiran dengan menara jam tertinggi di dunia, dapat melihat ratusan atau ribuan jemaah sedang bertawaf umrah dan sunat.    Di dataran Kaabah tiada istilah 'kosong' sentiasa dipenuhi oleh hamba-Nya untuk bertawaf di rumah yang mulia ini.    Jam 1.00 pagi kami merehatkan diri dengan berbaring berbunbungkan langit yang terbentang luas, indah dan nyaman dengan tiupan bayu malam.     Dalam buaian impim aku dikejutkan oleh seorang jemaah lelaki berbangsa Arab, aku lihat jam di Menara menunjukan pukul 3.00 pagi.    Dia ingatkan aku, dalam ihram tidak boleh memakai  'mask', kerana semasa tidur aku memakai 'mask' bagi mengelakkan terhidu habuk yang banyak kerana boleh menyebabkan mendapat sakit tekak dan batuk.   Sekitar Masjdil Haram ketika ini, sedang rancak dijalankan pembangunan dan penambahbaikan untuk keselesaan jemaah yang semakin bertambah dari hari ke hari.  

Aku cuma tersenyum, "umrah habis" kata ringkas.   Dia memohom maaf kepada aku....mungkin dia rasa telah menganggu kerehatan aku.   Aku teruskan....kerana terlalu penat.   Azan subuh pertama (3.30 pagi) aku bangun dari impim dan mengajak Rafiq ke tandas untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk di luar Masjidil Haram berhampiran dengan Pasaraya Bin Dawood.   Selepas itu kami masuk semula ke dalam Masjdil Haram mengerjakan solat-solat sunat dan tawaf sunat.   Ini merupakan tawaf sunat kami terakhir buat kali ini sebelum kami berangkat Madinah petang nanti.   Selesai solat subuh kami balik ke hotel....sarapan pagi dan naik ke bilik untuk kemas bagasi masing-masing. 

Ahad, 10 Jun 2012

MEKAH, 1 MEI 2012, SELESA (HARI KE-7) - OSPAN

8.00 pagi lebih kurang 60 jemaah dengan menaiki dua bas bertolak ke Ospan lebih kurang 72 km daripada Masjidil Haram.  Lawatan kali ini hanya ingin melihat kesan telaga yang pernah diludahi Rasulullah s.a.w. satu ketika dulu.  Apa yang difahamkan oleh mutawwif, air telaga ini ketika dalulu rasanya masin dan tidak boleh diminum oleh manusia mahupun  binatang.   Selepas diludahi oleh Rasulullah s.a.w. air telaga ini bertukar rasa menjadi 'payau'.  Telaga ini terletak di tengah-tangah padang pasir antara Mekah dan Madinah.
Telaga ini masih kekal hingga ke hari ini, cuma airnya disalurkan melalui paip menggunakan kawalan janakuasa.

jemaah beratur untuk merasai air telaga
isyarat 'bagus'...
Telaga asal...telah ditutup, airnya disalurkan melalui
paip dengan menggunakan kawalan janakuasa
Ada juga jemaah yang bermiqat umrah di sini....yang dimaklumkan oleh mutawwif adalah dibolehkan miqat urmah di sini.  Tetapi aku sendiri tidak pasti....miqat di sini dibolehkan atau tidak.

enak..rasanya payau

Khamis, 7 Jun 2012

KEISTIMEWAAN MEKAH

Kak Ani (baju hitam) bersama
 Yati di Hudaihiyah

Walaupun pertama kali dijemput IIahi menjadi tetamu Nya di tanah suci, hati ni sungguh teruja dan takut, apakah ujian yang akan Allah berikan pada ku bila berada di sana nanti. Hati ni tak sabar dan berdebar menanti hari yang ditetapkan, siang dan malam sentiasa berdoa pada-Nya agar sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik ketika bila berada tanah suci nanti dan juga sekembalinya ke tanahair nanti. Alhamdullillah permintaan aku mungkin dimakbulkan , syukur yang teramat sangat aku panjatkan kepada Yang Maha Esa.   Di tempat ini aku dianugerahkan kesihatan yang sungguh baik tiada demam, batuk sekali pun selsema.   Dengan kesihatan yang baik ini aku sentiasa mempunyai azam dan semangat yang jitu untuk pergi menunaikan solat di Masjidil Haram.   Dan aku berazam sedaya upaya agar dapat membuat umrah sunat sebanyak mungkin.   Ketika melakukan tawaf  hati ini sentiasa tenang dan tenteram mengelilingi Kaabah yang mulia.  Rumah pertama didirikan di muka bumi ini.
Semasa melaksanakan sa'i agak penat sedikit, jarak antara Safa dan Marwah boleh tahan jugak jauhnya.………tapi syukur pada Yang Pada Satu semasa berjalan membuat sa'i tumit kaki ini tidaklah terasa sakit seperti sebelumnya.…..kalau tidak sebelum ni tumit ini selalu saja sakit apabila bangun dari tidur. Sehingga sekarang tumit aku dah tak rasa sakit lagi…..mungkin hikmah banyak berjalan semasa sa'i dan tawaf, seperkara lagi aku tak pernah rasa letih atau lapar bila berada di Mekah……ini mungkin jugak aku banyak meminum air zam zam….walaupun kurang tidur pada malam hari, aku tak pernah pula tertidur pada siang harinya……..agaknya terlalu seronok sangat dan mungkin juga aku berniat datang ke Mekah semata-mata untuk beribadat sebanyak mungkin…..apabila berada di Masjidil Haram hati sungguh tenang dan syahdu sekali…..
Setiap hari selepas solat Asar aku tidak balik ke hotel, sebaliknya aku beritikaf di Masjidil Haram dan membuat tawaf sunat sendirian selepas solat Asar langsung tunggu hingga ke solat Isyak. Aku lebih suka bersendirian….begini lebih syahdu rasanya.   Selepas tawaf sunat dan solat sunat aku akan duduk beritikaf di dataran Kaabah sambil minum air zamzam yang pernah dengan barakah sambil memerhatikan gelagat jemaah yang lain beribadah mengikut mahzab masing-masing.   Selalunya apabila jam hampir pukul 6.00  petang polis Masjidil Haram yang bertugas di dataran Kaabah akan meminta jemaah wanita bergerak ke dalam ruang solat wanita di dalam masjid.   Pada waktu beginilah dataran Kaabah dikhususkan untuk jemaah lelaki menuaikan solat Mahgrib dan Isyak.  Jadi aku terpaksalah bergerak masuk ke dalam ruang solat wanita dalam masjid, sementara menunggu masuknya waktu solat,  ruang masa yang ada di sini aku memperbanyakan solat taubat dan berzikir…..pada suatu hari semasa menunggu masuknya waktu solat Isyak pinggang aku terasa agak sakit…..aku fikir mungkin juga duduk terlalu lama ….sambil aku memicit-micit pinggang, aku ditegur oleh seorang perempuan tua lebih kurang umurnya dalam lingkungan 80an,
Kak Ani, belakang kanan
 dan Azhar, depan kanan sekali
 di Dataran Ka'abah

"sakit ke?", tanya perempuan tua itu. 
"Ya", jawap ku pendek.
kemudian perempuan tua itu,  menawarkan dirinya untuk mengurut aku.
"Tak apalah", jawab aku.
Nampaknya dia bersungguh hendak menolong aku.
Aku disuruhnya berbaring dan terus dia mengurut badan aku yang gebu (gemuk) ini…
Ya Allah..sedapnya….pada hal dia urut bukanlah kuat sangat cuma picit-picit aje tapi sungguh sedap sekali…ringan badan rasanya, aku ucapkan terima kasih banyak padanya dan kami berbual seketika dalam bahasa yang kami sama-sama tidak memahami bak kata macam  "ayam dengan itik" aje.
Kesempatan beberapa hari berada di Mekah kebanyakkanya.....jemaah semuanya baik-baik belaka tidak kira bangsa dan warna kulit ataupun bahasa yang dituturkan, tujuan kami adalah sama hanya yang Satu.

Satu ketika aku terbatal wuduk,  Kalau nak pergi ambil wuduk di tempat yang disediakan memanglah jauh.   Maka aku pun berwuduk dengan menggunakan paip air zamzam yang terdapat dalam masjid, tetapi kalau hendak mengambil wuduk dengan air zamzam agak payah sedikit kita perlukan bantuan orang lain untuk menekan punat paip.   Hari itu nasib aku agak baik sedikit, aku dibantu oleh seorang pekerja masjid.  Pekerja masjid itu menolong menekankan punat paip, aku cuma tadah tangan sajalah dan berwuduk seperti biasa.
Begitulah rutin aku setiap hari….pergi balik masjid, tawaf sunat, itikaf dan umrah sunat.  Tidak perlu fikirkan masalah kerja dan sebagainya.  Tumpuan aku hanya untuk yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Pada hari terakhir sebelum meninggalkan Mekah, jemaah diwajibkan membuat tawaf wida’ iaitu tawaf selamat tinggal.  Aku laksanakan tawaf wida' sendirian selepas solat zohor dalam keadaan cuaca yang panas terik, matahati betul-betul di atas kepala, selesai tawaf aku terus mencari ruang di Makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf.   Nasib agak baik, aku diberi ruang untuk solat sunat tawaf betul-betul di depan Makam Ibrahim.   Ketika sedang solat aku dipayungi dengan payung oleh polis yang menjaga di situ, terharu rasanya kebaikan yang diberikan kepada dalam saat yang aku akan meninggal Kaabah yang mulia ini .
Di Airport Madinah sebelum
 berlepas pulang ke tanah air

Kalau tidak sebelum ini, aku selalu solat sunat jauh di belakang iaitu bukan tempat jemaah bertawaf mungkin juga polis itu tahu,  yang aku hari ini adalah hari terakhir berada di Mekah….jadi aku dilayan dengan baik…syukur alhamdullillah……terlalu banyak yang aku dapat nikmat dan fadhilat semasa berada di Mekah.  Tentunya Allah masih sayang pada ku.

Terima banyak pada Hj. Burn, Yati dan suaminya Azhar kerana telah banyak memberikan bantuan kepada aku.……..sepanjang berada di Mekah dan di Madinah.
Aku mohon diberikan lebihan rezeki, Insya’Allah aku akan ke sana lagi, mungkin tahun depan……lagi…..lagi…..lagi….

Ka'abah, Mekah dan Madinah sentiasa dirindui....kenangan akan disemat dalam sanubari.
Sentiasa bersyukur.
Kak Ani adalah jemaah umrah SV 24 April - 7 Mei 2012. (KLIA - Mekah -Madinah - KLIA)

Catatan yang dicatat oleh jemaah sendiri.