UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

UMRAH & ZIARAH MUSIM 1441H (2019/2020)

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Penyucian Jiwa di Tanah Suci

Daftar Segera.....

Daftar Segera.....

Holidays...Pelancongan Tersohor

Holidays...Pelancongan Tersohor

BADAL HAJI & UMRAH 2019

BADAL HAJI & UMRAH 2019

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul

AndalusiaKU...Peneraju Umrah Terunggul




وَقَالَتْ أُولاَهُمْ لأُخْرَاهُمْ فَمَا كَانَ لَكُمْ عَلَيْنَا مِن فَضْلٍ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنتُمْ كُنتُمْ تَكْسِبُونَ
Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): "(Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami". (Allah berfirman): "Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan".
(surat Al-A'Raaf ayat 39)
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi amat pengampun (kepada orang-orang yang bertaubat). - Al-Mulk.2
Tegak Rumah Kerana Sendi,
Runtuh Sendi Rumah Binasa,
Sendi Bangsa Adalah Budi,
Runtuh Budi Runtuhlah Bangsa.
Adat Bersaudara,
Saudara Dipertahankan,
Adat Berkampung, Kampung dipertahankan,
Adat Bernegeri, Negeri Dipertahankan,
Adat Berbangsa, Bangsa Dipertahankan.

"Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi"
"Lambaian Suci...Kembara Ilahi Siri-8, ke Tanah Suci Makkah dan Madinah, Transit Muscat, Oman 12 - 24 Jan 2020. Ya Allah permudahkan segala urusan kami".

Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah.

Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana
Allah
" (Surah al-Baqarah 2:196)

Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" . (Surat Ali 'Imran 3:102)

Selasa, 30 Julai 2013

YANG DICARI...

Diriwayatkan daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Nabi SAW sabda baginda, "Barangsiapa yang mendirikan Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu, barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."
(Riwayat al-Bukhari).

Isnin, 29 Julai 2013

KINI BERLALU....

Disaat sisa Ramadan ni
Ya Allah hamba mohon maghfirah Mu
Ramadan Mu hanya singgah seketika
pergi seperti angin lalu
belum puas hamba bersama
mengutip kemanisan pahala
untuk di bawah ke alam kekal abadi
moga Kau lanjutkan usia
dalam sihat dan kemurahan rezeki
dapat bertemu lagi
... Ramadan penuh barakah ini.

21 Ramadan 1434H/30 Julai 2013

Haji Abu Bakar bin Haji Buyong
Kuala Lumpur
 

Ahad, 28 Julai 2013

KESELESAAN JEMAAH HAJI/UMRAH

Kerja-kerja menukar batu marmar yang tidak menyerap haba sedang
 giat dijalankan di kawasan masjid Masjidilharam, Mekah
  Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd, 29 Julai 2013

TEMPAT TAWAF YANG BAHARU

Gambar daripada FB rakan 

Selasa, 23 Julai 2013

VISA UMRAH

Salam semua, makluman tepat jam 9.00 malam tadi 23 Julai 2013 sistem memproses visa umrah telah ditutup.  Ini bermakna jemaah umrah yang telah mendaftar untuk menunaikan umrah pada 22, 23, 28, 29, 30, 31 Julai 2013 dan 1, 2, 3, 4, 5, 6 Ogos 2013 besar kemungkinan tidak memperolehi visa.  Isu ini melibatkan semua negara, kerana kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuato umrah kerana kerja-kerja naik taraf dan pembesaran tempat tawaf dan masjidilharam.  Pihak kami memohon kemaafan atas masalah ini.   Bagi jemaah yang tidak memperolehi visa pihak kami akan membuat 'refund' penuh.   Proses ini akan disegerakan.
Makluman juga, umrah akan datang (2014) besar kemungkinan akan bermula awal Disember 2013.

Jumaat, 12 Julai 2013

KHABAR DARI TANAH SUCI MADINAH

Puan Arpan dan suami di Madinah, penerbangan AirAsia X, 9 Julai 2013, kini sedang melaksanakan ziarah di Tanah Suci Madinah.

Puan Arpan dan suami di Masjid Nabawi, 12 Julai 2013.

Selasa, 9 Julai 2013

BADAL HAJI

BADAL HAJI

"Barangsiapa yang mengerjakan haji bagi kedua ibu bapanya selepas wafat mereka, maka disuratkan oleh Allah baginya kelepasan dari nereka dan orang yang dihajikan baginya pahala satu haji yang sempurna dan tiada kurang pahala dari keduanya sedikit pun".
(Riwayat Imam al-Baihaqi dan Ibni 'Asakir)
 
 

Isnin, 8 Julai 2013

DI MANA KITA...

Ramadan datang dan pergi
Bagaimana amalan kita
Adakah bertambah....?
Sebagaimana bertambahnya usia kita.

SELAMAT BERANGKAT

Selamat berangkat Tuan Haji Jamal dan isteri Puan Hajah Arpah menunaikan umrah hari ini, 9 - 22 Julai 2013. Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat anugerah umrah maqbullah. Sekarang ini sedang proses chek-in di LCCT, Sepang dengan penerbangan Air Asia X. Terima kasih kerana memilih Andalusia. (Penyucian Jiwa di Tanah Suci).

MARHABAN YA RAMADAN

Ilmu dikongsi bersama

ISU VISA UMRAH

Selasa, 2 Julai 2013

VISA UMRAH

Sama-samalah kita berdoa semoga proses mendapatkan VISA UMRAH dipermudahkan urusankannya. Buat masa ini prosesnya amat sukar, kepada jemaah yang terlibat mohon bersabar, ...mungkin ada hikmah disebalik kesusahan ini. Mungkin juga Allah mahu menguji kesabaran kita bersama.